* setelah 1 Tahun sebagai Peg.Imigresen
Masa sememangnya berlalu begitu pantas. Seingat aku, baru sebentar tadi aku merangkak dan belajar erti hidup kini aku sudah mampu berlari ke hadapan.
Setahun lalu, aku di sini kelihatan begitu naif kerana inilah pertama kali aku menempuh cabaran sebenar alam pekerjaan, begitu gementar dan teruja kerana ingin memenuhi tanggapan dan andaian yang menakutkan. Aku berjaya menghadapinya dan setelah setahun itu berlalu aku masih di sini mengutip kisah dan pengalaman yang masih menggunung.
Pada mulanya, aku kabur malah memaksa diri terjun dalam arena yang aku sndiri tak tahu. Mungkin juga sedikit kesal dan terpaksa kerana ketika itu aku tidak punyai pilihan yang terbaik.Aku akur dan kesamaran itu semakin pudar setelah hari berlalu. Alah bisa tegal biasa! Mungkin suatu hari nanti aku beralih dan memilih jalan mengikut kehendak hati yang sebenar tapi biarlah bukan sekarang kerana aku masih lagi ingin berada di sini.
Terima kasih kerana peluang dan kesempatan ini membuatkan aku tahu tentang dunia, tentang realiti dan menjadikan aku lebih matang dalam membuat keputusan. Walaupun, kekadang ada perkara yang menyebabkan aku marah dan kecewa. Aku redha kerana itulah warna kehidupan yang betul. Dan itulah yang menghasilkan pelangi dalam rutin aku.
365 hari berlalu, pelbagai kisah dan cerita. Terhimpun sebuah pengalaman yang berguna untuk aku melalui cerita yang baru untuk 365 hari yang mendatang!!!
Hurray!!!
0 comments